:
LAWATAN PENANDA ARAS

⭐️⭐️⭐️LAWATAN PENANDA ARAS SEKTOR KOKURIKULUM IKRAM MUSLEH & KRS MUSLEH⭐️⭐️⭐️ Dengan sukacitanya, Sektor Kokurikulum IKRAM Musleh & KRS MUSLEH ingin memaklumkan bahawa program Lawatan Penanda Aras dan Edutrip Sejarah kini kembali. 😊 Destinasi pilihan kali ini ialah di Kepulauan Riau, Indonesia yang meliputi tempat-tempat di Batam, Tanjung Pinang dan Tanjung Uban. Selain lawatan ke sekolah, peserta juga akan dibawa ke tempat wisata sejarah Tokoh Pahlawan Johor-Riau dimakamkan iaitu Raja Ali Haji. 🔆Kenapa KEPRI menjadi pilihan?🔆 ➡️Untuk meningkatkan hubungan yang lebih erat dengan sekolah-sekolah di negara jiran Indonesia yang terletak paling hampir dengan Malaysia. 🔆Siapa yang boleh menyertai lawatan ini?🔆 ➡️Terbuka kepada semua pihak pengurusan sekolah, pegawai kualiti atau guru cemerlang sekolah serta mana mana guru atau kakitangan sekolah yang terpilih oleh pihak sekolah. 🔆Lawatan ini bermula di mana?🔆 ➡️Bermula dari Johor Bahru. Semua peserta perlu berada di Terminal Feri Stulang Laut (Lebih kurang 8km dari Terminal Bas Larkin), Johor Bahru sebelum jam 7.00 pagi. Perjalanan dengan feri akan mengambil masa dua jam setengah ke Batam. ➡️Lawatan ini adalah dengan kerjasama Jaringan Sekolah Islam Terpadu KEPRI. ➡️Semua pendaftaran dan bayaran mestilah dibuat selewat-lewatnya 31 Mei bagi memudahkan urusan tempahan penginapan dibuat. ⭐️⭐️⭐️Ayuh bersama.. Jom daftar sekarang!!⭐️⭐️⭐️